Program Jeram Berungut Bersama Ketua Jabatan Sempena Sambutan Bulan Keputeraan DYMM Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan Ke -72 Peringkat Daerah Jelebu 2020.

IMG 08721

26 Februari 2020 – Program Jeram berungut bersama Ketua Jabatan Sempena Sambutan Bulan Keputeraan DYMM Yang DI Pertuan Besar Negeri Sembilan ke -72 peringkat Daerah Jelebu 2020. Program ini disertai seramai 170 orang kakitangan Penjawat Awam daripada 53 jabatan di Daerah Jelebu.

IMG 0779

 

Turut hadir di dalam program ini ialah ketua – ketua jabatan di Daerah Jelebu.Program ini dijalankan 

dengan kerjasama Pejabat Hutan Daerah Jelebu serta beberapa jabatan di Daerah Jelebu. Program ini dirasmikan oleh Puan Nurul Huda binti Musa yang mewakili Pegawai Daerah Jelebu.

Program bermula seawal jam 7.00 pagi,bertempat di Pejabat Daerah dan Tanah Jelebu. Semua ketua jabatan dan kakitangan yang menyertai program ini diberi taklimat ringkas sebelum bertolak ke Taman Negeri Kenaboi dengan menggunakan kenderaan pacuan empat roda (4X4).

Tepat jam 9.00 pagi, peserta konvoi tiba di Taman Negeri Kenaboi dan diberi taklimat keselamatan oleh kakitangan Pejabat Hutan Daerah Jelebu. Para peserta bertolak menuju ke Jeram Berungut tepat jam 9.30 pagi dan perjalanan ini mengambil masa selama satu jam atau satu jam setengah. Para peserta bergerak secara berkumpulan mengikut lalauan yang telah ditetapkan. 

Di pertengahan jalan para peserta singgah di “Survival Site” dan disana para peserta diberi penerangan dan demonstrasi tentang cara –cara ikhtiar hidup di dalam hutan. Apabila tiba di Jeram Berungut, semua peserta berpeluang melepaskan anak ikan kelah yang dibawa khas oleh Jabatan Perikanan Daerah Jelebu. Program ini berakhir pada jam 1.00 tengah hari.

IMG 20200226 110603IMG 0927