Majlis Penyerahan dan Perisytiharan Solat Jumaat Masjid Kariah Teriang Jelebu

22 Julai 2020, Jelebu - Penyerahan Masjid Teriang Jelebu daripada JKR kepada Pejabat Agama Islam Daerah Jelebu telah diadakan dengan dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Haji Aminuddin Bin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan. Di dalam perasmian itu, Mufti Negeri Sembilan telah mengumumkan Surau Rumah Murah Petaling ditutup dan orang ramai boleh melaksanakan Solat Jumaat di Masjid Teriang bermula pada 24 Julai 2020.

IMG 1402

Kos pembinaan Masjid Kariah Teriang adalah sebanyak RM1.9juta. Di dalam ucapan YAB MB Negeri Sembilan, beliau turut menekankan bahawa Institusi Masjid perlu diperkasakan demi memastikan penyatuan ummah terus utuh dikalangan umat Islam.

YAB MB Negeri Sembilan juga menyatakan bahawa Kerajaan Negeri Sembilan sentiasa mengambil berat mengenai isu-isu berkaitan masjid seperti penyelenggaraan masjid, menaiktaraf masjid dan cadangan pembinaan masjid-masjid baharu di negeri ini.