Majlis Penyampaian Watikah 78 Pengerusi dan Setiausaha Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Daerah Jelebu.

27 Julai 2020 (Isnin) - Majlis Penyampaian Watikah 78 Pengerusi dan Setiausaha Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Daerah Jelebu telah diadakan pada hari ini di Dewan D'SURY, Kuala Klawang.

IMG 1654

Watikah tersebut disampaikan oleh YB Tuan Haji Bakri Bin Sawir, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian dan Industri Asas Tani merangkap ADUN Klawang kepada MPKK di bawah DUN Klawang.
Manakala watikah bagi MPKK DUN Chennah telah disampaikan oleh YB Loke Siew Fook dan MPKK DUN Pertang disampaikan oleh Encik Yusmazmi Bin Ahmad Yusof, Penyelaras DUN Pertang. Majlis Penyampaian disaksikan oleh Encik Abdul Rahim Bin Aziz, Pegawai Daerah Jelebu.

YB Tuan Haji Bakri Bin Sawir, ADUN Klawang dalam ucapan beliau telah memperingatkan kepada semua Pengerusi dan Setiausaha MPKK adalah pemimpin peringkat akar umbi yang dilantik oleh Pihak Berkuasa Negeri dan perlu sentiasa memastikan aspirasi Kerajaan Negeri dapat diterima di peringkat akar umbi.

Beliau juga mengambil peluang untuk menasihati semua MPKK agar sentiasa menjalankan tugas sebagai pemimpin peringkat akar umbi dengan penuh amanah dan bertanggungjawab.

IMG 1550