Program Ibadah Qurban Serta Program Meraikan Pegawai Yang Bertukar Dan Bersara Bagi Tahun 2019 / 2020 Anjuran Kelab Sukan Dan Kebajikan Pejabat Daerah Dan Tanah Jelebu Dengan Kerjasama Pejabat Daerah Dan Tanah Jelebu

 

WhatsApp Image 2020 08 04 at 9.11.33 AM

03 Ogos 2020 – Program Ibadah Qurban serta Program meraikan pegawai yang bertukar dan bersara bagi tahun 2019 / 2020. Program Ibadah Qurban ini merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh pihak Kelab Sukan dan Kebajikan PDTJ dengan kerjasama Pejabat Daerah dan Tanah Jelebu. Ini merupakan tahun ke- lima pihak kelab menganjurkan Program Ibadah Qurban ini. Program Ibadah Qurban pada tahun ini dilakukan dalam keadaan agak berbeza berbanding tahun – tahun sebelumnya kerana pada tahun ini ibadah qurban dilakukan mengikut SOP yang telah dikeluarkan oleh pihak kerajaan bagi memastikan penularan wabak Covid -19 dapat dicegah sepenuhnya. 

Bagi program meraikan pegawai yang bertukar dan bersara pula, program ini diadakan bagi tujuan menghargai sumbangan dan khidmat bakti yang telah dicurahkan oleh pegawai yang bertukar atau bersara. Pegawai yang bertukar adalah : 

  1. Wan Mud Shardihan bin W. Dahalan
  2. Mohd Norlisan bin Yaacob
  3. Muhammad Fikry Izwan bin Muharam
  4. Muhamad Ali bin Abd Rahim
  5. S. Parizan binti Mohamad Shah
  6. Harmila binti Ab. Hamid
  7. Suraya binti Ludin 

Pegawai bersara wajib           

  1. Azemi bin Abdul Aziz
  2. Zainuddin bin Abd Talib
  3. Zainim bin Zainal

WhatsApp Image 2020 08 04 at 2.55.45 PM 1

Program ini dirasmikan oleh Puan nurul Huda binti Musa, Ketua Penolong Pegawai Daerah Jelebu mewakili Tuan Pegawai Daerah Jelebu. Antara intipati teks ucapan yang telah disampaikan oleh beliau adalah :

  1. Majlis ini adalah penghargaan serta ucapan terima kasih yang tidak terhingga di atas khidmat bakti, pengorbanan dan komitmen yang telah dicurahkan oleh para pegawai yang bertukar dan bersara sepanjang tempoh berkhidmat di Pejabat Daerah dan Tanah Jelebu. 

  2. Kepada yang menjalani persaraan wajib, pihak Pejabat Daerah dan Tanah Jelebu sentiasa mendoakan kesejahteraan demi mendepani cabaran persaraan mendatang. 

  3. Tidak dilupakan kepada semua pegawai dan kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Jelebu yang berkhidmat pada waktu ini, marilah kita bawa jabatan ini ke satu peringkat yang boleh kita banggakan agar ianya menjadi sebuah cerita kebanggaan kepada penerus kecemerlangan kita suatu hari nanti. 

  4. Ibadah Qurban pada zahirnya disunatkan ke ataskita yang mampu untuk membuat penyembelihan ke atas binatang seperti lembu, kambing dan sebagainya agar dagingnya dapat diagihkan kepada golongan fakir dan miskin yang tidak berkemampuan.
     
  5. Dengan adanya program ibadah qurban ini, ikatan ukhwah diantara kita sesama umat islam akan menjadi lebih erat.
     
  6. Harapan daripada Tuan Pegawai Daerah Jelebu ialah program  - program seperti ini diteruskan demi kelangsungan ikatan kekeluargaan ini, Program – program seperti inilah sebenarnya yang akan membina rasa cinta dan kasih saying antara kita dan seterusnya kesemerlangan Pejabat Daerah Daerah dan Tanah Jelebu dapat kita jayakan dengan lebih cemerlang dan gemilang.

Program ini berakhir pada jam 2.00 petang.

WhatsApp Image 2020 08 04 at 9.11.34 AM