Perhimpunan Pagi Bersama Pegawai Daerah Jelebu Dan Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2019

117644753 3525418400836139 8020219623253155373 o

14 Ogos 2020 – Perhimpunan pagi bersama Pegawai Daerah Jelebu dan Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2019 telah berlangsung di Dewan D’SURY. Perhimpunan pagi ini kali pertama diadakan bagi Tahun 2020. Perhimpunan ini dihadiri oleh semua kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Jelebu dan juga turut disertai oleh penerima – penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi Tahun 2019. Program ini dirasmikan oleh Tuan Pegawai Daerah Jelebu, Encik Abdul Rahim bin A. Aziz. Turut hadir di majlis ini, Timbalan Pentadbir Tanah Jelebu, Encik Irwan Wahyudi bin Ibrahim serta para pegawai di Pejabat Daerah dan Tanah Jelebu.

117652687 3525429984168314 1097380745484859678 o 

Bagi Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2019, 

117307132 3525427917501854 8793671206388063057 o

Kerajaan Negeri Sembilan telah bersetuju agar anugerah ini diberikan oleh jabatan masing – masing

 berikutan penularan wabak Covid 19. Di Pejabat Daerah dan Tanah Jelebu, seramai 7 orang penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi Tahun 2019. Nama – nama penerima tersebut ialah :

  1. En. Mohd Norlisan bin Yaakub
  2. En. Mohd Efanddy bin Roslan
  3. En. Syed Shafiz Shazmi bin Syed Abd Rahman
  4. En. Mohammad Khazlee bin Adnan
  5. Pn. Munirah binti Maarof
  6. En. Shahrul Faizal Azwan bin Sulaiman
  7. En. Syed Muhamad Zahir bin Sy Dahalan

.

Antara intipati teks ucapan yang disampaikan oleh Tuan Pegawai Daerah Jelebu adalah :

  1. a) Perhimpunan pagi ini diadakan adalah bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim diantara para kakitangan di Pejabat Daerah dan Tanah Jelebu.
  2. b) Tuan Pegawai Daerah mengingatkan semua kakitangan agar sentiasa menjaga rahsia kerajaan di bawah Akta Rahsia Rasmi. Hal ini adalah kerana, pada masa kini banyak maklumat – maklumat sulit kerajaan telah dibocorkan oleh pihak yang tidak bertanggung jawab.
  3. c) Tuan Pegawai Daerah menyeru agar semua kakitangan supaya terus berdisiplin dan tekun di dalam melakukan kerja – kerja hakiki demi memastikan mutu kerja dapat dipertingkatkan.
  4. d) Tuan Pegawai Daerah mengucapkan tahniah kepada semua kakitangan di atas usaha mereka memerangi wabak Covid -19.
  5. e) Tuan Pegawai Daerah mengucapkan tahniah kepada semua penerima APC pada tahun 2019. Beliau berharap dengan pengiktirafan ini, para penerima akan lebih berdaya saing di dalam pekerjaan yang dilakukan.
  6. f) Harapan daripada Tuan Pegawai Daerah Jelebu adalah agar semua kakitangan di Pentadbiran Kerajaan Daerah Jelebu sentiasa mengamalkan cara kerja mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan demi memastikan rantaian COVID – 19 dapat diputuskan.

Program ini berakhir pada jam 11.30 pagi