Majlis Penyampaian Bantuan Khas Kewangan

IMG 3596

Kuala Klawang, 8 Jan  2018 – YB. Dato’ Haji Jalaluddin bin Haji Alias, Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan (ADUN Pertang) telah menyampaikan cek bantuan khas kewangan dari Kerajaan Negeri Sembilan kepada Tuan Syahrunizam bin Shahwan, Pegawai Daerah Jelebu dan kakitangan Pejabat Daerah & Tanah Jelebu.

IMG 3601

Bantuan kewangan ini secara tidak langsung dapat membantu sedikit sebanyak perbelanjaan di tahun baru 2018 ini serta menampung pembiayaan persekolahan anak-anak.

Hadir sama dalam majlis ini , YB. Dato’ Haji Yunus bin Rahmat, ADUN Klawang dan YB. Tuan Mohd Razi bin Mohd Ali, ADUN Sg. Lui.