Program Ceramah Agama Sempena Sambutan Hari Keputeraan DYMM YDB Negeri Sembilan Ke 70

Kuala Klawang, 1 Februari 2018 - Program Ceramah Agama Sempena Sambutan Hari Keputeraan DYMM YDB Negeri Sembilan Ke 70 telah diadakan disini, bertempat di Dewan D’SURY Kuala Klawang.

IMG 37731

Penceramah undangan Ustaz Zamri Venod, Pengerusi Jawatankuasa Mualaf Negeri Sembilan (Penceramah Bebas) telah menyampaikan ceramah bertajuk “Kesetian Kepada Raja dan Negara”.

Program ini bertujuan untuk memberi kefahaman dan kesedaran terhadap prinsip rukun negara yang ke 2  dan selaras dengan Sambutan Hari Keputeraan DYMM YDB Negeri Sembilan tahun ini.

Majlis perasmian telah dilaksanakan oleh  YB. Dato’ Hj. Yunus bin Rahmat, ADUN Klawang mewakili YB. Dato’ Hj. Jalaluddin bin Hj. Alias, Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan (ADUN Pertang) yang tidak dapat hadir.  Antara yang turut hadir  sama Tuan Syahrunizam bin Shahwan, Pegawai Daerah Jelebu dan Tuan Muhammad Jimmy bin Muhammad Azlin, Hakim Mahkamah Syariah Jelebu.