Lawatan Kerja YAB. Menteri Besar Negeri Sembilan Ke Jelebu

Kuala Klawang, 22 Mac 2018 – Satu program lawatan kerja YAB. Dato’ Seri Utama Hj. Mohamad bin Hj. Hasan Menteri Besar Negeri Sembilan ke Jelebu tahun 2018.
Antara programnya adalah Majlis Perasmian Empangan Triang di Triang, Majlis Perasmian Bahagian Penyelidikan di FRI Glami Lemi, Majlis Alumni SMK Dato’ Undang Musa Al-Haj dan “Walkabout” Program Merakyatkan Perkhidmatan Awam di Dataran Klawang.

29570332 1776820475714694 5452213364522483712 o

YB. Dato’ Hj. Mat Ali bin Mat Hassan, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, YB. Dato’ Hj. Jalaluddin bin Hj. Alias, EXCONS (ADUN Pertang), YB. Dato’ Hj. Yunus bin Rahmat, ADUN Klawang dan YB. Tuan Mohd. Razi bin Mohd Ali, ADUN Sg. Lui dan YBhg. Dato’ Seri Utama Tan Sri Dr. Rais bin Yatim turut hadir pada majlis ini.

Tuan Syarunizam bin Shahwan, Pegawai Daerah Jelebu telah mengiringi YAB. Menteri Besar Negeri Sembilan sepanjang sesi lawatan tersebut.

Program berakhir pada jam 6.30 petang di Dataran Klawang.