Program Derma Darah Dan Pemeriksaan Kesihatan 2018

Kuala Klawang, 29 Mac 2018 – Program anjuran Pejabat Daerah Jelebu dengan kerjasama RELA Daerah Jelebu, Hospital Daerah Jelebu dan Pejabat Kesihatan Jelebu telah diadakan bertempat di Ruang Legar, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Daerah Jelebu.

IMG 4969

Program ini adalah terbuka kepada orang awam dan kakitangan kerajaan. Objektif program ini diadakan adalah bertujuan untuk membantu Unit Tabung Darah Hospital Jelebu mendapatkan rezab/simpanan darah yang mencukupi. Permintaan yang tinggi terhadap bekalan darah menyebabkan kerjasama dan keprihatinan orang ramai amatlah diperlukan untuk sama-sama menyumbang dan membekalkan darah yang selamat dan mencukupi untuk kegunaan pesakit.

Seramai lebih kurang 100 orang perserta terdiri dari anggota RELA, orang awam dan kakitangan kerajaan dari pelbagai jabatan/agensi telah hadir untuk menderma darah dan membuat pemeriksaan kesihatan. Sejumlah 27 pek darah telah berjaya diperolehi.

Usaha murni ini merupakan program berterusan yang diadakan saban tahun.