Program Merakyatkan Perkhidmatan Awam Kerajaan Negeri Sembilan Bagi Daerah Jelebu Tahun 2018

Kuala Klawang, 13 April 2018 – Program Merakyatkan Perkhidmatan Awam Negeri Sembilan Tahun 2018 bagi Daerah Jelebu telah diadakan bertempat di Dewan D’SURY Kuala Klawang.

IMG 5143

Program ini diadakan dengan matlamat untuk  mengingatkan kembali tanggungjawab penjawat awam terhadap negara supaya penjawat awam tidak mudah percaya terhadap fitnah yang dilemparkan oleh orang luar terhadap organisasi kerajaan.

Taklimat bertajuk “Peranan Penjawat Awam Untuk Negara”  telah disampaikan oleh Tuan Kamarul Ariffin bin Halim, Tim. Pengarah Biro Tatanegara Negeri Sembilan.

Seramai 500 orang penjawat awam dari Pejabat/Jabatan kerajaan di Daerah Jelebu telah hadir. Hadir sama YB. Dato’ Johani bin Hassan, Pegawai Kewangan Negeri Sembilan dan Tuan Syahrunizam bin Syahwan, Pegawai Daerah Jelebu.