Majlis Pelancaran Sempena Bulan Kemerdekaan Tahun 2018

Kuala Klawang, 16 Ogos 2018 –Sempena bulan kemerdekaan ini, Jabatan Penerangan Daerah Jelebu dengan kerjasama Pejabat Daerah & Tanah Jelebu telah mengadakan majlis pelancaran sempena bulan kemerdekaan tahun 2018 bertempat di Ruang Lobby Pejabat Daerah & Tanah Jelebu.

IMG 5203

Tuan Haji Bakri bin Sawir, Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan merangkap ADUN Klawang telah menyempurnakan majlis pelancaran ini. Dalam ucapannya beliau berkata, walaupun majlis ini tidaklah sebesar mana tetapi berharap ianya akan dapat menyemai rasa kecintaan kepada negara didalam masyarakat khususnya di kampung-kampung kita ini.

Kesemua yang hadir pada majlis ini adalah terdiri dari pegawai/kakitangan jabatan kerajaan, masyakarat setempat, badan berkanun dan badan bukan kerajaan.

Tuan Haji Bakri bin Sawir diiringi oleh Tuan Azman bin Abdullah, Pegawai Daerah Jelebu dan Ketua Jabatan Daerah Jelebu membuat pelepasan konvoi jalur gemilang kenderaan jabatan dan swasta Daerah Jelebu.