Kempen Derma Darah Anjuran Pejabat Daerah Jelebu dengan kerjasama RELA Jelebu

Kuala Klawang, 20 September 2018 - Pejabat Daerah & Tanah Jelebu dengan kerjasama RELA Daerah Jelebu telah menganjurkan kempen derma darah bertempat di Ruang Legar Kompleks Pentadbiran Kerajaan Daerah Jelebu. Penganjuran program yang merupakan inisiatif Pejabat Daerah & Tanah Jelebu telah Berjaya mengetengahkan penglibatan kakitangan kerajaan, swasta dan NGO Daerah jelebu.

IMG 5531

Pelbagai aktiviti telah disediakan diantaranya pemeriksaan kesihatan percuma dari Pejabat Kesihatan Jelebu dan kempen derma organ & darah dari Hospital Jelebu.

Sambutan agak menggalakkan dimana seramai 120 orang yang terdiri dari kakitangan Kompleks Pentadbiran Kerajaan Daerah Jelebu, Majlis Daerah Jelebu dan orang awam telah menyertai kempen derma darah ini. Disamping itu kesemua kakitangan dan pelanggan-pelanggan yang hadir juga dapat memanfaatkan peluang untuk menjalani pemeriksaan kesihatan secara percuma yang disediakan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Jelebu.