Malam Gala Kebudayaan Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan Ke 61 Tahun 2018 Peringkat Daerah Jelebu

Kuala klawang, 15 Sept 2018 - Malam Gala Kebudayaan sempena Sambutan Hari Kebangasaan Ke 61 Tahun 2018 peringkat Daerah Jelebu telah diadakan pada 15 Sept 2018 bertempat di Dewan D’Sury Kuala Klawang.

 MG 0442

Program anjuran Pejabat Daerah Dan Tanah Jelebu ini diadakan adalah untuk menghimpun dan secara tidak langsung menyatukan seluruh kumpulan seni dan kebudayaan Daerah Jelebu yang terdiri dari pelbagai kaum atas semangat kemerdekaan disamping dapat bersuai kenal dan bertukar fikiran demi kemajuan kesenian dan budaya di Daerah Jelebu.

Untitled 4

Majlis perasmian disempurnakan oleh YB. Tuan Haji Bakri Sawir ADUN Klawang merangkap Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan.

Seramai kira-kira 400 orang yang terdiri dari kakitangan kerajaan, swasta, Ngo dan pemimpin masyarakat hadir ke majlis ini.

Antara kumpulan kebudayaan yang hadir adalah Kumpulan Kebudayaan Kg. Gagu, Kumpulan Tarian SJK Yuk Hua dan Kumpulan Tarian Sewang Lanok Parit Gong. Majlis juga turut dihiburkan dengan persembahan Live Band dari CCRC.