Majlis Tilawah Al-Quran Dan Sambutan Maulidur Rasul Tahun 1440h/2018 Peringkat Daerah Jelebu.

Kuala Klawang, 12 Disember 2018 – Pada 12 Disember 2018 bertempat di Masjid Jame’ Simpang Durian telah diadakan Majlis Tilawah Al-Quran dan Sambutan Maulidur Rasul Tahun 1440H/2018M.

48052428 2257505667908574 8088292595194658816 o

Turut hadir tetamu kehormat dan merasmikan majlis tersebut YB. Tuan Haji Bakri bin Sawir, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan (ADUN Klawang) dan Tuan Azman bin Abdullah, Pegawai Daerah Jelebu merangkap Pengerusi Jawatankuasa Hari Kebesaran Islam Peringkat Daerah Jelebu. 

Antara pengisian program pada sebelah pagi hingga petang adalah Majlis Tilawah Al-Quran di mana tiga kategori dipertandingkan iaitu kategori remaja, kategori dewasa dan kategori veteran.  Pertandingan Perarakan Maulidur Rasul diadakan mulai jam 6 petang disertai oleh 8 kontijen MPKK. Ceramah Maulidur Rasul telah disampaikan oleh penceramah jemputan Al-Fadhil Ustaz Zul Ramli bin Mohamed Razali. 

Majlis penyampaian hadiah dan cenderahati kepada pemenang-pemenang telah disempurnakan oleh YB. Tuan Haji Bakri bin Sawir.