Karnival Sukan Rakyat Sempena Sambutan Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke 71 Tahun 2019.

Kuala Klawang, 26 Jan 2019 – Karnival Sukan Rakyat Sempena Sambutan Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan Ke 71 Tahun 2019 telah diadakan bertempat di Mini Stadium Kuala Klawang.

IMG 6544c IMG 6507c

Aktiviti yang dijalankan adalah senamrobik, jalan kaki 10000 langkah, pertandingan mewarna kanak-kanak pra sekolah & Tadika Perpaduan, pertandingan tarik tali, program derma darah dan pemeriksaan kesihatan. 

Program yang dimulakan pada jam 8.00 pagi ini telah dihadiri lebih kurang 500 orang peserta terdiri dari kanak-kanak sekolah, kakitangan kerajaan, pihak swasta, badan berkanun, badan bukan kerajaan dan penduduk kampong.

IMG 6424c