Program Bual Bicara Adat Sempena Sambutan Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke 71 Tahun 2019

IMG 6592c2

IMG 6570c

Kuala Klawang, 29 Januari 2019 – Seramai 250 orang perserta terdiri dari kakitangan kerajaan, swasta, badan berkanun, pelajar sekolah, penuntut IPT dan penduduk setempat telah dikumpulkan untuk mendengar taklimat/ceramah bual bicara adat – “Keunikan Sistem Beraja Di Negeri Sembilan” yang telah disampaikan oleh Prof. Madya Dato’ Paduka Dr. Mohd. Rosli bin Saludin, Pengarah Institut Peradaban Melayu Universiti Pendidikan Sultan Idris. Program yang telah berlangsung di Dewan D’Sury Kuala Klawang ini turut dihadiri oleh YB. Tuan Haji Bakri bin Sawir, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan (ADUN Klawang) dan Puan Noor Zeihan binti Abu Hassan (wakil Pegawai Daerah Jelebu).

IMG 6634c

Program anjuran Pejabat Daerah & Tanah Jelebu dengan kerjasama Muzium Adat Kuala Klawang ini diadakan bertujuan untuk memberi maklumat berhubung dengan keunikan sistem beraja yang ada di Negeri Sembilan dan lain-lain kemuskilan yang tidak jelas yang dirungkaikan dalam sesi soal jawab. IMG 6573c