Pesta Mengemping Dan Jelebu Eco Ride 2019

Sg. Buloh, Jelebu, 9 Feb 2019 – Pesta mengemping dan Jelebu Eco Ride 2019 telah diadakan di Empangan Gepu, Ulu Jelebu dan Laman Mengemping, Sg. Buloh, Simpang Durian. Majlis perasmian dan penyampaian hadiah untuk kedua-dua program ini telah disempurnakan oleh YB. Tuan Haji Bakri bin Sawir, Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan merangkap ADUN Klawang.

IMG 6649c

Turut hadir pada majlis tersebut adalah Tuan Wan Mud Shardihan bin W. Dahalan, Pegawai Daerah Jelebu, Tuan Nazirul Khairil bin Mohd Nor,  Pengurus Besar Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan dan Tuan Syed Fariz bin Syed Mansur Al Idrus, Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Negeri Sembilan. Kehadiran ke program ini dianggarkan kira-kira 700 orang terdiri dari masyarakat setempat, kakitangan awam, swasta dan badan bukan kerajaan.

WhatsApp Image 2019 02 09 at 3.30.00 PM

Lain-lain aktiviti yang dijalankan sepanjang program adalah pertandingan karaoke, pertandingan memikat burung, demonstrasi mengemping, melemang, merendang, mengacau dodol, bola sepak sawah, gerai pameran & jualan serta mengoca di sawah.

IMG 6679

IMG 6702

 

 

 

 

 

Skuad Hiruk dari RTM Seremban dan Kumpulan Kebudayaan Kg. Gagu turut mengadakan persembahan untuk menghiburkan orang ramai.