Program Ceramah Perdana Di Ambang Ramadan

IMG 69211IMG 69061

Kuala Klawang, 11 April 2019 – Pejabat Daerah & Tanah Jelebu dengan kerjasama Majlis Daerah Jelebu, Puspanita Jelebu, Hotel Sri Kelawang Jelebu dan Yayasan Pekema telah mengadakan program Ceramah Perdana Di Ambang Ramadan bertempat di Dewan D’Sury Kuala Klawang. 

Ceramah telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Dr. Mohd Fazdillah bin Kamsah, Pakar Motivasi. 

Majlis bermula jam 8.00 malam ini dihadiri  oleh seramai 800 orang terdiri daripada pelbagai golongan masyarakat untuk bersama-sama memeriahkan lagi majlis ini 

Turut hadir tetamu kehormat YTM Dato’ Haji Maarof bin Mat Rashad, Undang Luak Jelebu, YB Tuan Haji Bakri bin Sawir, Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan (ADUN Klawang) dan Tuan Wan Mud Shardihan bin W. Dahalan, Pegawai Daerah Jelebu.