Majlis Penzahiran Darjah Tertinggi Negeri Sembilan (D.T.N.S) Kepada YTM Undang Luak Jelebu Oleh Kerajaan Negeri Sembilan

DSC 5518 2Kuala Klawang, 16 April 2019 – YAB Dato’ Seri Hj. Aminuddin bin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan telah menyempurnakan Majlis Penzahiran Darjah Tertinggi Negeri Sembilan kepada YTM Dato’ Menteri Akhirulzaman Hj. Maarof bin Mat Rasat, Undang Luak Jelebu yang diadakan di Kediaman YTM Undang Luak Jelebu.

 DSC 5609 2

Majlis turut dihadiri dan disaksikan oleh YB Dato’ Dr. Razali bin Ab Malik, Setiusaha Kerajaan Negeri Sembilan, YB Tuan Hj. Bakri bin Sawir, Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan (ADUN Klawang), Tuan Wan Mud Shardihan bin W. Dahalan, Pegawai Daerah Jelebu, Dato’-Dato’ Lembaga Luak Jelebu dan Ketua-Ketua Jabatan Daerah Jelebu.