Perhimpunan Bulanan Pentadbiran Daerah Jelebu bersama Menteri Besar Negeri Sembilan

IMG 16521

Kuala Klawang, 3 Mei 2019 – Perhimpunan Bulanan Pentadbiran Daerah Jelebu bersama Menteri Besar Negeri Sembilan telah diadakan di Dewan D’SURY Kuala Klawang hari ini.

Di dalam ucapannya Menteri Besar Negeri Sembilan YAB Dato’ Seri Hj. Aminuddin bin Harun telah memberi penekanan supaya adat perpatih dapat  di pertahan dan diperkukuhkan lagi. Adat pepatih memainkan peranan penting kepada sistem pentadbiran Negeri Sembilan yang merangkumi aspek perlantikan pemimpin di semua peringkat, pemilikan harta pusaka, penerapan nilai keperibadian, kekeluargaan dan kemasyarakatan yang menjadi tunggak keutuhan Negeri Sembilan sebagai negeri beradat.  

IMG 16851

Beliau juga mengingatkan supaya penjawat awam melaksanakan tugas dengan penuh amanah dan tanggungjawab tanpa ketirisan. Penjawat awam perlu membebaskan diri daripada sebarang unsur penyelewengan, salah guna kuasa dan rasuah bagi membolehkan mereka terus dihormati. Program ini telah dihadiri oleh seramai 780 orang yang terdiri daripada penjawat awam dari jabatan/pejabat kerajaan di Daerah Jelebu.

IMG 69951

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, YB Dato’ Dr. Razali bin Ab Malik, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan, YB Tuan Teo Kok Seong, YB Tuan Mohamad Taufek bin Abd Ghani, YB Tuan Arul Kumar a/l Jambunathan, YB Tuan Hj. Bakri bin Sawir, YB Tuan Mohamad Nazaruddin bin Sabtu, YB Puan Nicole Tan Lee Koon, YB Tuan Choo Ken Hwa dan Pegawai Daerah Jelebu, Tuan Wan Mud Shardihan bin W. Dahalan.

Acara diteruskan dengan Majlis Perjumpaan YAB Menteri Besar Negeri Sembilan bersama Ketua-Ketua Jabatan Daerah Jelebu di Bilik Gerakan Pejabat Daerah & Tanah Jelebu.

WhatsApp

Pada sebelah petang, pengisian lawatan kerja YAB Menteri Besar Negeri Sembilan ialah acara lawatan ke Kg. Orang Asli Tohor dan pelepasan benih ikan di Taman Negeri Kenaboi. Sesi taklimat telah disampaikan oleh Jabatan Perhutanan Daerah Jelebu, Jabatan Perhilitan Daerah Jelebu dan Jabatan Perikanan Daerah Jelebu.