Program Pelangi Budaya Nusantara Di Kabupaten Karimun, Kepulauan Riau, Indonesia.

Karimun, 3 Ogos 2019 – Majlis Kebudayaan Jelebu (MKD) telah diundang ke Program Pelangi Budaya Nusantara oleh Jabatan Kebudayaan Kabupaten Karimun dan Sanggar Pelangi Budaya Studio (PBS) yang diadakan pada 2 hingga 4 Ogos 2019 di Coastal Area, Karimun.

IMG 78332

Lantai Mayang Sari (LMS yang mewakili MKD telah mempersembahkan tarian berjudul “Samrah” yang diterjemahkan melalui tarian tentang onar dan duri dalam kehidupan.

Puan Nor Zeihan binti Abu Hassan mewakili Pegawai Daerah Jelebu diberi kepercayaan untuk hadir dan menjadi Ketua Deligasi program kebudayaan ini. 

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Wakil Bupati Karimun. Antara kenamaan yang hadir Ketua Dewan Perwakilan Rakyat Karimun, Pengarah Kebudayaan Karimun, Tuan Mohd Norlisan bin Yaacob dan Cik Nor Nuha binti Sultan.

IMG 77512

 

Objektif program: 

Melestarikan budaya yang ada sehingga ke generasi muda supaya dapat diteruskan.

Memperkenalkan keseragaman seni adat dan budaya yang ada diseluruh nusantara.

Mengeratkan silaturrahin bangsa serumpun.

Mengembangkan seni disamping menonjolkan identiti budaya melekat di masyarakat supaya tidak pupus oleh modenisasi.

IMG 7690

Program bertaraf antarabangsa ini disertai oleh 3 buah negara, Indonesia (11 kumpulan), Malaysia (4 kumpulan) dan Singapura (2 kumpulan) dengan mempersembahkan tarian budaya masing-masing.