syahrunizam b shahwan

 

 

 

bismillaharabic

Syukur ke  hadrat Allah SWT di atas segala limpah kurnia yang telah diberikan oleh – NYA kepada semua warga kerja Pejabat Daerah dan Tanah Jelebu yang telah menjayakan pembangunan laman web rasmi ini. Tujuan utama pembangunan laman web rasmi Pejabat Daerah Dan Tanah Jelebu ini adalah sebagai satu sistem penyampaian maklumat kepada masyarakat berkenaan kaedah pentadbiran Daerah Jelebu serta perkhidmatan yang ditawarkan oleh Pejabat Daerah Dan Tanah Jelebu, selari dengan hasrat kerajaan untuk membudayakan kerajaan elektronik dimasa kini.  Selain itu, melalui laman web juga dapat mewujudkan komunikasi dua hala diantara masyarakat dengan Pejabat Daerah Dan Tanah Jelebu bagi merialisasikan penawaran perkhidmatan yang cekap berkesan dan teratur. Oleh itu, dengan adanya laman web rasmi ini, ianya diharap agar dapat menjadi saluran sumber rujukan yang berguna kepada pelanggan bagi mendapatkan maklumat serta aktiviti – aktiviti terkini dari semasa ke semasa berkaitan Pejabat Daerah dan Tanah Jelebu amnya dan Daerah Jelebu Khususnya.

Salam Hormat.

Syahrunizam bin Shahwan

PEGAWAI DAERAH JELEBU