faq

Soalan Lazim

Kempen Keselamatan Jalan Raya & Edaran Bendera Malaysia

Kuala Klawang, 2 Ogos 2017 – Pejabat Daerah & Tanah Jelebu dengan kerjasama Polis DiRaja Malaysia Daerah Jelebu telah mengadakan kempen keselamatan jalan raya sempena Sambutan Hari Kemerdekaan 2017 bertempat di Jalan Kuala Klawang – Seremban

Program yang diadakan ini adalah bertujuan untuk memberi kesedaran kepada pengguna jalan raya supaya berhemah dan mematuhi undang-undang sewaktu berada di jalan raya.

Pengedaran goodies dan bendera Malaysia telah disempurnakan oleh Tuan Azman bin Abdullah, Pegawai Daerah Jelebu bertujuan untuk memberi maklumat dan panduan pengguna jalan raya disamping dapat menyemaikan semangat cintakan negara sempena Sambutan Hari Kemerdekaan 2017.

– Disediakan oleh Unit MMRK Pejabat Daerah & Tanah Jelebu

Skip to content