21 Februari 2023 – Kursus asas bagi Peserta BMT ini telah diadakan di Balai Adat Kampung Orang Asli (KOA) Parit Gong, Jelebu. Peserta telah diberi taklimat oleh Pn. Asiah bt. Saeman, Penolong Pegawai Pertanian dan En. Abdullah b. Kasau, Pegawai Pertanian.
Melalui program ini, peserta BMT diberikan latihan jangka panjang agar mereka boleh mengusahakan tanaman sebagai salah satu punca pendapatan mereka. Mereka turut diberi pendedahan dan kemahiran tentang asas usahawan tani dari segi teknikal, keusahawan dan pengurusan tanaman.
Selain itu, kursus seperti ini dapat memberi peluang kepada peserta untuk merasai pengalaman bertani secara moden disamping memberi pendedahan tentang keselamatan dalam pengendalian tanaman.