faq

Soalan Lazim

Majlis Kebudayaan Daerah Jelebu Berkunjung Ke Bumi Berazam Kabupaten Karimun, Indonesia.

Tanjung Balai Karimun, Indonesia, 17 November 2018 – Deligasi Majlis Kebudayaan Daerah Jelebu (MKD) seramai 29 orang terdiri dari kumpulan kebudayaan, pemuzik tradisional, pemimpin kebudayaan, pemimpin masyarakat dan badan bukan kerajaan telah berkunjung ke Tanjung Balai Karimun, Indonesia untuk persembahan kebudayaan dan lawatan siratulrahim atas undangan Sanggar Angsana Kabupaten Karimun.

Rombongan kesenian ini di ketuai oleh Tuan Amin Jamail bin Thamimul Ansary mewakili Pegawai Daerah Jelebu (Pengerusi Majlis Kebudayaan Daerah Jelebu).Kumpulan Kebudayaan Kg. Gagu mewakili Majlis Kebudayaan Daerah Jelebu mengadakan persembahan tarian piring dan silat sewah pada program tersebut.

Turut mengadakan persembahan adalah Kumpulan Angsana Dance dan lima lagi kumpulan kebudayaan dan senitari dari Kebupaten Karimun sendiri. Kabupaten Karimun dan Malaysia satu rumpun “Negeri Melayu”. Nilai-Nilai kebersamaan ini merupakan suatu ikon menjadi contoh yang baik dalam sisi positifnya. Kegiatan ini akan terus berlanjutan dalam membantu pengembangan ekonomi, budaya melayu serta mengeratkan siratulrrahim antara bangsa serumpun dan dua negara.

Antara yang turut hadir pada majlis ini adalah Ibu Gebenur Kepulauan Riau, Hajjah Noorlizah Nurdin, Anggota DPRD Provinsi Kepulauan Riau, Bapak Ing. Iskandar, Kepala Staff Pariwisata, Ibu Yety Marliana dan Kepala Sesi Pariwisata Kabupaten Karimun, Ibu Mimi Sartika.








Skip to content