Kuala Klawang, 1 Jan 2018 – Majlis perasmian Sambutan Di Ambang Tahun Baru 2018 telah disempurnakan oleh YB. Dato’ Haji Yunus bin Rahmat, ADUN Klawang di Dataran Klawang.
Tuan Syahrunizam bin Shahwan, Pegawai Daerah Jelebu turut hadir. Dalam ucapannya, beliau telah memberi penekanan terhadap pentingnya perpaduan, bekerjasama, berganding bahu dan bermuafakat bagi menempuh tahun 2018 yang penuh cabaran kearah kejayaan yang lebih manis dan cemerlang. Ujarnya lagi cabaran, dugaan dan ujian yang kita hadapi pada tahun 2017 dapat dijadikan sebagai pengalaman dan kekuatan untuk mengorak langkah lebih jauh.
Kira-kira 800 orang pengunjung terdiri dari kakitangan kerajaan/swasta, Ngo dan masyarakat setempat dari berbagai kaum hadir bagi memeriahkan lagi majlis sambutan ini.
Pembukaan majlis dimulakan dengan bacaan Al-Quran dari Johan Tilawah Qari dan Qariah Peringkat Daerah Jelebu 2017. Majlis diteruskan dengan acara cabutan bertuah, penyampaian sumbangan dan hadiah.
Pertunjukan bunga api telah mengakhiri majlis sambutan Di Ambang Tahun Baru 2018 dengan warna warni dan bergemerlapan.