faq

Soalan Lazim

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Daerah Jelebu 2018

Kuala Klawang, 6 Jul 2018 – Seramai 700 orang pegawai, kakitangan kerajaan, Badan Bukan Kerajaan dan Swasta Daerah Jelebu menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Daerah Jelebu Tahun 2018.

IMG 53581 2
 

Majlis diadakan  bertempat di Dewan D’SURY Kuala Klawang bermula jam 10.00 pagi dan berakhir jam 12.30 tengahari.

Tuan Azman bin Abdullah, mewakili Pegawai Daerah Jelebu dan  Pengerusi Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2018 menyambut dan meraikan tetamu yang hadir.

Turut hadir pada majlis ini adalah YB. Tuan Haji Bakri bin Sawir , Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan merangkap ADUN Klawang.

Pelbagai juadah dan minuman disediakan oleh Pejabat/Jabatan-Jabatan Kerajaan dan Swasta Daerah Jelebu untuk makanan dan minuman pengunjung.

Band PUSPEN turut mengadakan persembahan bertemakan hari raya bagi menghiburkan para jemputan yang hadir.

Skip to content