faq

Soalan Lazim

Majlis Sambutan Ma’al Hijrah 1439H Peringkat Daerah Jelebu

Kuala Klawang, 27 Oktober 2017 (Jumaat) – Majlis Sambutan Ma’al Hijrah 1439H Peringkat Daerah Jelebu telah di anjurkan oleh Pejabat Agama Islam Daerah Jelebu dengan kerjasama Pejabat Daerah & Tanah Jelebu bertempat di Muzium Adat Kuala Klawang.

 

 

Seperti setiap tahun sambutan Ma’al Hijrah pastinya disambut dengan gemilang dengan tujuan mengenang peristiwa perpindahan (Hijrah) Nabi Muhammad S.A.W dari Makkah ke Yatrib, yang akhirnya dikenali sebagai Madinah. Hijrah adalah gerbang awal lahirnya kegemilangan Islam yang barakah.

Majlis dimulakan persembahan qasidah dari Kumpulan Ahbabul Musthofa dan diteruskan dengan ucapan alu-aluan Tuan Azman bin Abdullah, Pegawai Daerah Jelebu merangkap Pengerusi Sambutan Ma’al Hijrah 1439H/2017M Peringkat Daerah Jelebu.

Majlis perasmian disempurnakan olehYB. Dato’ Hj. Jalaluddin bin Hj. Alias, Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan merangkap ADUN Pertang dan selaku tetamu kehormat.

Ceramah Ma’al Hijrah telah disampaikan oleh Ustaz Ansarullah bin Mohd Hashim dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Seperti tahun-tahun yang lalu pasti diadakan Anugerah Ma’al Hijrah kepada mereka yang menyumbangkan disamping dapat memberi motivasi kepada umat Islam yang lain untuk menyokong kepada pembangunan Hal Ehwal Islam.

Hadir sama, YB. Dato’ Hj. Yunus bin Rahmat, ADUN Klawang,  YB. Tuan Mohd Razi bin Mohd Ali, ADUN Sg. Lui dan Tuan Muslim bin Manja, Pengarah Fama Negeri Sembilan.

Skip to content