faq

Soalan Lazim

Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Jelebu Tahun 1439H/2017M

Kuala Klawang, 12 Disember 2017 – Majlis Perasmian Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Jelebu Tahun 1439H/2017M yang telah diadakan pada 12 Disember 2017 bertempat di Masjid Kariah Dato’ Undang Musa Al-Haj, Felda Titi telah disempurnakan oleh YB. Dato’ Haji Yunus bin Rahmat, ADUN Klawang.

IMG 3438 1

Turut hadir ke majlis ini adalah Tuan Azman bin Abdullah, Timbalan Pentadbir Tanah mewakili Pegawai Daerah Jelebu dan Pengurus Felda Titi.

Program yang dimulai dengan bacaan doa dan selawat beramai-ramai dipimpin oleh pegawai-pegawai dari Pejabat Agama Islam Daerah Jelebu.

YB. Dato’ Yunus bin Rahmat dalam ucapannya telah memberi penekanan terhadap pentingnya perpaduan sebagai penghayatan yang dapat diterjemahkan dalam bentuk kesatuan yang dapat dimulakan dengan pembinaan asas dalam institusi kekeluargaan sehingga dapat menyemai semangat patriotisme di dalam diri. Persefahaman dan toleransi adalah tunjang utama kepada kesatuan rakyat berbilang bangsa dan agama di negara ini, khususnya di Daerah Jelebu ini.

IMG 3409 1

Ceramah Maulidur Rasul telah disampaikan oleh penceramah undangan Tuan Muhyidin bin Aziz@Saari, Pegawai Agama Islam Daerah Tampin.

Skip to content