Sg. Buloh, Jelebu, 9 Feb 2019 – Pesta mengemping dan Jelebu Eco Ride 2019 telah diadakan di Empangan Gepu, Ulu Jelebu dan Laman Mengemping, Sg. Buloh, Simpang Durian. Majlis perasmian dan penyampaian hadiah untuk kedua-dua program ini telah disempurnakan oleh YB. Tuan Haji Bakri bin Sawir, Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan merangkap ADUN Klawang.
Turut hadir pada majlis tersebut adalah Tuan Wan Mud Shardihan bin W. Dahalan, Pegawai Daerah Jelebu, Tuan Nazirul Khairil bin Mohd Nor, Pengurus Besar Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan dan Tuan Syed Fariz bin Syed Mansur Al Idrus, Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Negeri Sembilan. Kehadiran ke program ini dianggarkan kira-kira 700 orang terdiri dari masyarakat setempat, kakitangan awam, swasta dan badan bukan kerajaan.
Lain-lain aktiviti yang dijalankan sepanjang program adalah pertandingan karaoke, pertandingan memikat burung, demonstrasi mengemping, melemang, merendang, mengacau dodol, bola sepak sawah, gerai pameran & jualan serta mengoca di sawah.