Kuala Klawang, 23 Ogos 2017 – Program derma darah dan pertandingan dam aji sempena sambutan Hari Kemerdekaan 2017 anjuran Pejabat Daerah Jelebu dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Jelebu, Hospital Jelebu, RELA Jelebu dan Jabatan Pertanian Jelebu telah diadakan di Dewan Wisma Budi Kuala Klawang.
YB. Dato’ Haji Yunus bin Rahmat, ADUN Klawang dan Tuan Azman bin Abdullah, Pegawai Daerah Jelebu hadir dan bertanding dam aji sebagai gimik pelancaran pertandingan.
Aktiviti derma darah dan pemeriksaan kesihatan yang diterajui oleh Hospital Jelebu dan Pejabat Kesihatan Jelebu juga dilaksanakan bersekali dengan pertandingan ini.
Seramai 150 orang peserta penderma darah dari RELA Jelebu, Jabatan Penjara Jelebu, PDRM Jelebu, SAINS Jelebu, TNB Jelebu, Jabatan Bomba Jelebu, Majlis Daerah Jelebu, Jabatan Pertanian Jelebu dan APM turut hadir untuk menderma darah serta menyertai pertandingan dam aji.
Pada majlis ini juga, turut diedarkan bendera jalur gemilang, kupon cabutan bertuah Hari Kemerdekaan, serta risalah keselamatan jalan raya.
– Disediakan oleh Unit MMRK Pejabat Daerah & Tanah Jelebu