faq

Soalan Lazim

Program Bual Bicara FELDA– “Tanah Selepas Mati Apa Jadi”

Pasoh 4, Jelebu, 6 Mac 2017 – Program Bual Bicara Felda – “Tanah Selepas Mati Apa Jadi” telah diadakan di Dewan GPW Felda Pasoh 4, Simpang Pertang pada 2 Mac 2017 jam 2.30 Petang.

 

Seramai 150 orang peserta terdiri dari peneroka dan penerokawati telah hadir untuk mendengar taklimat dan sesi soal jawab yang telah disampaikan oleh Tuan Haji Mohiddin bin Md. Omar, Ketua Penolong Pengarah, Pejabat Ketua Pengarah Tanah dan Galian Negeri Sembilan. Tuan Muhd Jauzi bin Johari mewakili Pegawai Daerah Jelebu, Pengerusi JKKK Felda Pasoh 4 dan Pengurus Felda Pasoh 4 turut hadir ke program ini.

Adalah diharapkan semoga dengan adanya taklimat ini akan dapat memberi maklumat terkini dan penyelesaian masaalah kepada semua peneroka Felda Pasoh 4 berhubungkait dengan tanah.

– Disediakan oleh Unit MMRK Pejabat Daerah & Tanah Jelebu

Skip to content