Kuala Klawang, 5 April 2017 – Program Kempen Keselamatan Jalan Raya di Sekolah Menengah Undang Jelebu anjuran Pejabat Daerah Jelebu dengan kerjasama Majlis Keselamatan Jalan Raya Negeri Sembilan, Sekolah Menengah Undang Jelebu dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya Negeri Sembilan telah diadakan di Dewan Karisma, Sekolah Menengah Undang Jelebu.
Penganjuran program seumpama ini adalah bertujuan memupuk nilai-nilai yang baik dan selamat dikalangan pelajar-pelajar semasa berada di jalan raya demi keselamatan diri dan pengguna jalan raya yang lain berikutan peningkatan kes kemalangan maut saban tahun disamping mendidik masyarakat di usia muda supaya berhemah di jalan raya, sekaligus dapat mengurangkan kadar kemalangan di jalan raya.
Dengan pengedaran risalah (goodies) jalan raya akan dapat sedikit sebanyak membantu memberi kesedaran kepada pengguna jalan raya.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Puan Salinah binti Ismail, Timbalan Pengerusi Majlis Keselamatan Jalan Raya Negeri Sembilan merangkap Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan.
Hadir sama Tuan Muhd Jauzi bin Johari, Wakil Pegawai Daerah Jelebu, Puan Zaitun Iffah, Pengarah JKJR N. Sembilan dan Tuan Hj. Hasim bin Osman, Pengetua Sekolah Menengah Undang Jelebu.
Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya Negeri Sembilan telah menyampaian ceramah & Kuiz Keselamatan Jalan Raya kepada 400 orang pelajar sekolah.
Aktiviti pameran juga diadakan dan telah disertai oleh Jabatan Keselamatan Jalan Raya Negeri Sembilan, Pejabat Kesihatan Daerah Jelebyu, AADK Jelebu dan PDRM Daerah Jelebu.
Konvoi Pendidikan Lalu Lintas diketuai oleh Polis Trafik Daerah Jelebu, 20 Orang Ahli Persatuan JBMC Daerah Jelebu (Motor Kuasa Tinggi) dan pelajar-pelajar sekolah (motor kapcai) telah bermula dari Sekolah Menengah Undang Jelebu, menyusur ke Kg. Larong, memasuki ke Pekan Kuala Klawang dan seterusnya melalui jalan Kuala Klawang/Titi untuk pulang ke tempat pelepasan (SMUJ).
Program advokasi dan Kempen Kempen Kepengunaan (KPDNKK) Daerah Jelebu juga turut diadakan dengan edaran risalah, sticker, goodies bag dan penglibatan secara langsung Kelab JBMC Daerah Jelebu (Kelab Motor Berkuasa Tinggi).
– Disediakan oleh Unit MMRK Pejabat Daerah & Tanah Jelebu