Sungai Muntoh, Titi, 12 Februari 2018 – Tuan Syahrunizam bin Shahwan, Pegawai Daerah Jelebu telah mengadakan lawatan kerja bersama Lembaga Hakim Pelawat Penjara Negeri Sembilan ke Institusi Pemulihan Dadah, Jabatan Penjara Jelebu.
Taklimat telah disampaikan oleh Tuan Fayruz bin Ahmad Zawawi, Pengarah Institusi Pemulihan Dadah, Penjara Jelebu.
Selain daripada itu, sesi ceramah berkaitan pertanian “pembenihan biji durian dan cara-cara/teknik terkini” kepada 70 orang pelatih juga turut diadakan. Ceramah telah disampaikan oleh En. Mohd Nazriey bin Ahmad, pegawai dari Jabatan Pertanian Jelebu.
Program bersama ini juga turut disertai oleh Alya Zur Enterprise dengan penyerahan sumbangan “vacuum cleaner h/duty” dan satu unit kipas angin kepada Perpustakaan/Surau Institusi. Majlis penyerahan telah disempurnakan oleh Tuan Pegawai Daerah Jelebu bagi pihak syarikat.