faq

Soalan Lazim

Program Pemantapan Pengetahuan Kesihatan/Perubatan

Kuala Klawang, 15 November 2017 – Seramai 100 orang murid kelas 1 Sekolah Kebangsaan Undang Jelebu (SKUJ) telah menyertai Program Pemantapan Pengetahuan Kesihatan/Perubatan. Program ini dijalankan secara “Perkongsian Pintar”  Pejabat Daerah & Tanah Jelebu (Komuniti Sihat Perkasa Negara – KOSPEN Plus) dengan kerjasama Kelab Doktor Muda SKUJ.

 

IMG 3330

Aktiviti yang dilaksanakan adalah pertandingan mewarna tema kesihatan/perubatan dan kempen cara hidup sihat (pengedaran risalah dan “goodies”).

Objektif program ini adalah untuk memberi penerapan kepada murid-murid cara hidup sihat dan makanan yang seimbang serta  pentingnya penjagaan kesihatan memandangkan pada hari ini masyarakat berkejar dengan waktu kerana sibuk dengan urusan harian. Juga secara tidak langsung  program ini mempromosikan dan menanam minat dikalangan murid sejak dari sekolah rendah lagi terhadap profesion doktor/para medik. Belajar dan terus belajar agar menjadi cermerlang gemilang dan terbilang.

Amalan gaya hidup sihat pasti akan dapat melahirkan masyarakat yang mementingkan kesihatan dan kesejahteraan hidup, lalu impian mewujudkan negara Malaysia yang mengamalkan gaya hidup Satu Malaysia menjadi realiti.

Skip to content