faq

Soalan Lazim

Program Sukan Rakyat Sempena Sambutan Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke 69 Tahun 2017

Kuala Klawang, 21 Jan 2017 – Program Sukan Rakyat Sempena Sambutan Hari Keputeraan DYMM Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan Ke 69 Tahun 2017 telah berlangsung pada 21 Jan 2017 bertempat di Mini Stadium Kuala Klawang.

 

Pelbagai aktiviti telah dijalankan diantaranya pertandingan tarik tali, sepak takraw, sepakan penalti, “netball shootout”. “1 fitness challenge” dan sukanika kanak-kanak tadika.

Program derma darah dengan kerjasama RELA dan Hospital Jelebu juga telah diadakan.  Pejabat Agama Islam, Jabatan Penjara Jelebu dan Pejabat Kesihatan Jelebu membuat pameran berdasarkan produk/aktiviti  jabatan masing-masing.

Terdapat juga aktiviti menunggang kuda untuk pengunjung yang hadir. Majlis telah dirasmikan oleh YB. Dato’ Haji Jalaluddin bin Haji Alias, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan merangkap ADUN Pertang. Turut  hadir, Tuan Azman bin Abdullah, Timbalan Pentadbir Tanah Jelebu, YB. Dato’ Yunus bin Rahmat, ADUN Klawang dan YB. Tuan Mohd Razi bin Mohd. Ali, ADUN Sg. Lui.

– Disediakan oleh Unit MMRK Pejabat Daerah & Tanah Jelebu

Skip to content