Kuala Klawang, 12 Oktober 2018 – Majlis Sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Daerah Jelebu 1440H/2018M telah diadakan di Masjid Kariah Sg. Pah, Peradong. Kira –kira seramai 400 orang telah hadir pada majlis tersebut. Turut hadir tetamu kehormat dan merasmikan majlis tersebut YB. Tuan Haji Bakri bin Sawir, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan (ADUN Klawang) dan Tuan Azman bin Abdullah, Pegawai Daerah Jelebu.
Objektif majlis adalah bagi mengenang kembali peristiwa hijrah di zaman Rasulullah SAW disamping mendedahkan kepada masyarakat betapa perlunya penghijrahan dalam kehidupan seharian.
Antara pengisian program tersebut ialah Ceramah Ma’al Hijrah oleh Al-Fadzil Ustaz Mohd Zaidi bin Ramli, Timbalan Yang DiPertua YADIM, Majlis penyampaian Anugerah Tokoh dan Majlis Penyampaian Anugerah Khas Ma’al Hijrah