6 Februari 2024 | Selasa – Sempena Sambutan Hari Keputeraan ke-76 DYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Pentadbiran ini telah menganjurkan Karnival Sukan Rakyat Pejabat Daerah dan Tanah Jelebu Tahun 2024 Peringkat Daerah Jelebu di Stadium Mini, Kuala Klawang dengan meriahnya.
Penyertaan dibuka kepada semua agensi pentadbiaran daerah Jelebu dan seramai 200 orang yang merangkumi 10 agensi yang telah menyertai karnival ini iaitu Pejabat Daerah dan Tanah Jelebu, Ibu Pejabat Polis Jelebu, Pejabat Kesihatan Daerah Jelebu, Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik Jelebu, Majlis Daerah Jelebu, Jabatan Perhutanan Jelebu, Jabatan Kebajikan Masyarakat Jelebu, Risda Jelebu, Kolej Komuniti Jelebu dan Jabatan Kerja Raya Jelebu.
Acara yang dipertandingkan sebanyak 8 acara iaitu Tarik Tali Campuran, Lari Berpasangan, Lari Dalam Guni, Tarik Upih, Lari Buta Baton, Lari Golek Tayar, Lari Kereta Sorong, Tarik Tali Lelaki. Acara Ketua Jabatan juga tidak ketinggalan iaitu Baling Tin menggunakan kelapa.
Keputusan Kemenangan bagi setiap acara adalah Johan Tarik Tali Campuran dimenangi oleh IPD Jelebu, Naib Johan, Jabatan Perhutanan, Ketiga MDJ. Johan Lari Berpasangan dimenangi oleh JKR Jelebu, Naib Johan PUSPEN Jelebu, Ketiga Kolej Komuniti Jelebu.
Johan Tarik Upih dimenangi oleh PUSPEN Jelebu, Naib Johan JKR Jelebu, Ketiga PKD Jelebu. Johan Lari Buta Baton dimenangi oleh IPD Jelebu, PKD Jelebu dan Ketiga Kolej Komuniti Jelebu.
Johan Lari Golek Tayar dimenangi oleh IPD Jelebu, Naib Johan PKD Jelebu, Ketiga PUSPEN Jelebu. Johan Lari Kereta Sorong dimenangi oleh PKD Jelebu, Naib Johan PUSPEN Jelebu dan Ketiga IPD Jelebu.
Johan Tarik Tali Lelaki dimenangi oleh MDJ, Naib Johan IPD Jelebu dan Ketiga JKR Jelebu.
Bagi acara Baling Tin Ketua Jabatan, Johan telah dimenangi oleh Jabatan Perhutanan Jelebu, Naib Johan JKM Jelebu dan Ketiga Kolej Komuniti Jelebu.
Penyampaian hadiah ini telah dilaksanakan oleh VIP yang hadir iaitu YB Dato’ IR Haji Bakri bin Sawir, Adun Klawang dan Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Dato’ Rozitta binti Sulaiman. Turut hadir Pegawai Daerah Jelebu, Tuan Abdul Rahim bin A.Aziz.
Selain itu, gerai jualan dan pameran turut diadakan oleh Jabatan Pertanian dan AADK Jelebu.
Alhamdulillah, semua agensi sangat komited dan seronok menyertai aktiviti sihat yang telah dijalankan ini.
Jutaan terima kasih kepada agensi yang menyertai telah terlibat. Acara sukan ini dapat mengeratkan lagi hubungan kerjasama antara jabatan di daerah Jelebu.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada IPD Jelebu yang telah memenangi Johan Keseluruhan dan juga PKD Jelebu memenangi Naib Johan Keseluruhan