faq

Soalan Lazim

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH CABUTAN BERTUAH “KEMPEN JOM BAYAR CUKAI TANAH TAHUN 2023”

IMG 3714

27 Jun 2023 – SYABAS dan TAHNIAH! kepadatuan-tuan dan puan-puan yang telah melaksanakan tanggungjawab dengan menjelaskan cukai tanah tahun 2023 dan seterusnya terpilih menjadi pemenang cabutan bertuah bagi kempen ini. 

Kempen ini merupakan salah satu inisiatif untuk menggalakkan pembayaran cukai tanah oleh pemilik-pemilik pegangan berdaftar dalam hak milik. Bentuk penghargaan pula adalah berbentuk hadiah lumayan yang disediakan kepada pemenang-pemenang cabutan. Hadiah disampaikan oleh YB Dato’ Ir. Hj. Bakri bin Sawir, ADUN Klawang. Turut hadir Puan Nurul Huda binti Musa, Ketua Penolong Pegawai Daerah. 

Penyertaan adalah automatik bagi pemilik pegangan berdaftar individu yang telah menjelaskan bayaran cukai tanah mereka dalam tempoh kempen. Pemilihan penyertaan ini adalah mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan dan adalah muktamad.

Hak milik yang layak untuk cabutan adalah yang telah membayar cukai tanah sebelum atau pada 31 Mei 2023 yang juga merupakan tarikh akhir sebelum denda lewat dikenakan. 

Tahun 2024 juga merupakan tahun tiada lagi bil-bil cukai akan diposkan ke alamat rumah. Semakan bil atau resit secara atas talian juga boleh dibuat melalui laman sesawang e-PTGNS. Dengan kaedah pembayaran atas talian ini, ia akan memudahkan urusan pembayaran cukai tanah tuan-tuan dan puan-puan tepat pada masanya dan bila-bila masa. 

TAHNIAH! sekali lagi diucapkan kepada 40 penama/pemilik pegangan berdaftar individu. Terima kasih kepada tuan-tuan dan puan-puan yang bertuah.

Skip to content