faq

Soalan Lazim

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 1444H PERINGKAT DAERAH JELEBU DAN PERSANDINGAN MADANI 2023

IMG 2630 scaled

20 Mei 2023 – Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1444h Peringkat Daerah Jelebu Dan Persandingan Madani 2023 telah berjalan dengan lancar dan meriah. Majlis yang diadakan bertempat di Dewan D’DSURY Kuala Klawang dilaksanakan dengan kerjasama pelbagai Agensi Kerajaan Daerah Jelebu. Pelbagai menu dan juadah disediakan oleh Agensi di gerai-gerai yang disediakan. Terima kasih diucapkan kepada semua yang turut menjayakan majlis ini.


Persandingan Madani dari 5 pasangan pengantin terdiri dari kaum Melayu, Cina dan India. Seterusnya majlis menepung tawar pengantin dilaksanakan oleh VIP yang hadir iaitu YTM Datuk Maarof bin Mat Rashad, Undang Luak Jelebu, YAB Dato’ Seri Haji Aminuddin Bin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan, YB Tuan Anthony Loke, Menteri Pengangkutan Malaysia, YB Datuk Seri Haji Jalaluddin bin Haji Alias, Ahli Parlimen Jelebu, YB Dato’ Haji Bakri bin Sawir, ADUN Klawang dan Tuan Abdul Rahim bin A. Aziz, Pegawai Daerah Jelebu.


Tahniah juga diucapkan kepada semua pemenang Gerai Tercantik dan Pakaian Tercantik.

Skip to content