faq

Soalan Lazim

PROGRAM BICARA ILMU : MALAYSIA MADANI PERINGKAT DAERAH JELEBU TAHUN 2023

10 April 2023 – Program Bicara Ilmu : Malaysia Madani Peringkat Daerah Jelebu Tahun 2023 telah diadakan di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah Dan Tanah Jelebu.

Program ini adalah ilham YAB MBNS yang ingin menyahut seruan Malaysia Madani, iaitu satu dasar kepemimpinan negara yang diusulkan oleh Perdana Menteri Malaysia ke-10, YAB Dato’ Seri Anwar yang telah dilancarkan pada Januari 2023. Secara amnya, Malaysia Madani memfokuskan kepada keharmonian masyarakat majmuk, pembangunan mampan dan tadbir urus baik.

Penceramah jemputan adalah Ustaz Dato’ Jaafar Bin Muhammad. Beliau merupakan  Pegawai Khas Agama kepada Menteri Besar Negeri Sembilan. Peserta bagi program ini terdiri daripada pegawai di Pejabat Daerah dan Tanah Jelebu serta penjawat awam di daerah Jelebu. Alhamdulillah pelbagai agensi dan jabatan telah hadir bagi mengimarahkan program pada pagi ini. Terima kasih atas kerjasama semua peserta yang terlibat.

Program ini bermula dengan sesi pendaftaran peserta diikuti bacaan Mathurat Sugra. Kemudian ceramah Bicara Ilmu : Malaysia Madani bermula dan di akhiri dengan pemberian cenderahati dari Pegawai Daerah Jelebu kepada Penceramah Jemputan.

Skip to content