23 Februari 2023, Kuala Klawang – Program yang julung-julung kali yang diadakan ini adalah bersempena sambutan Hari Keputeraan DYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Ke-75. Turut hadir semasa program adalah YB Dato’ Ir. Hj. Bakri bin Sawir.
Pelepasan peserta Jelebu Fun Ride 2023 melibatkan jarak laluan berbasikal sepanjang 14km bermula daripada Perkarangan Pejabat Daerah dan Tanah Jelebu hingga Lapau Mak Mok, Kampung Gagu dan kembali semula ke Pejabat Daerah dan Tanah Jelebu.
Pada tahun ini, dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan seperti Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jelebu, Ibu Pejabat Polis Daerah Jelebu, Hospital Daerah Jelebu dan Pejabat Kesihatan Daerah Jelebu, PDTJ selaku tuan rumah menganjurkan satu bentuk program yang berkonsepkan “Jelebu Sihat” sempena Hari Keputeraan DYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang Ke-75 ini.
Di samping menyahut seruan kerajaan untuk menggalakkan penganjuran aktiviti-aktiviti yang bersifat kesihatan, kesukanan dan kecergasan demi Negeri Sembilan Bersih . Muafakat . Sejahtera.
Bak kata pepatah “Akal yang sihat itu ada pada badan yang cergas” yang membawa maksud orang yang sihat tubuh badan memiliki fikiran yang baik atau idea yang bernas.