1 Ogos 2023 – Terdapat 24 agensi dari Kerajaan Negeri dan Persekutuan telah menyertai kembara ini beserta kumpulan motosikal berkuasa tinggi. Objektif utama sambutan kibar Jalur Gemilang adalah untuk meneyemarakkan semangat patriotism dalam kalangan mesyarakat melibatkan semua peringkat usia dan latar belakang.
Majlis dirasmikan oleh Tuan Abdul
Rahim bin A.Aziz, Pegawai Daerah Jelebu. Majlis turut dihadiri Lt. Kol.
Bersekutu (PA) Hj. Sabarudin bin Yeop Hamza, Pengarah Jabatan Penerangan
Malaysia Negeri Sembilan Merangkap Ketua Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang
2023, DSP Tuan Maslan bin Udin, Ketua Polis Daerah Jelebu, Dato Sri Ahmad
Shamsul Bahrin bin Mohd Hanafiah, Penasihat Kelab Permotoran BMW K16 Malaysia,
Muhammad Ariff bin Abd Aziz, Setiausaha Majlis Daerah Jelebu serta Ketua-ketua
Jabatan Peringkat Negeri dan Daerah Jelebu.
Semoga Hari Kebangsaan Ke 66
bertemakan Malaysia Madani : Tekad
Perpaduan, Penuhi Harapan pada tahun ini membawa perpaduan, kebebasan,
kedamaian dan kesejahteraan kepada rakyat Negara ini secara umum dan rakyat di
Negeri Sembilan khasnya.