Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Daerah Jelebu 1442H/2020M

119098273 3614711975240114 3937782422971863679 o

11 SEPTEMBER 2020 – Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Daerah Jelebu 1442H/2020M telah diadakan di Dewan D’SURY Kuala Klawang. Majlis ini dirasmikan oleh YTM Dato’ Mendika Menteri Akhirulzaman Dato’ Haji Maarof bin Haji Mat Rashad, Undang Luak Jelebu ke -16.

Majlis ini dihadiri oleh Tuan Pegawai Daerah Jelebu.Ketua – Ketua Jabatan di Daerah Jelebu,Pengerusi MPKK di Daerah Jelebu, Imam dan juga nazir – nazir masjid di Daerah Jelebu.

Majlis dimulai dengan bacaan ASMA UL HUSNA, dan seterusnya persembahan daripada kumpulan Qasidah.Selepas berakhirnya persembahan daripada kumpulan Qasidah,para hadirin mendengar ceramah Maal Hijrah yang bertajuk “Kelestarian Dalam Hidup”. Ceramah disampaikan oleh Imam Muda Asyraf.

Setelah selesai ceramah, Pengerusi Majlis mempersilakan YTM Undang Luak Jelebu untuk menyampaikan sabda ucapan seterusnya mersamikan Sambutan Maal Hijrah Peringkat Daerah Jelebu 1442H / 2020M.

119061510 3614711768573468 5812497577083660386 oSempena Sambutan Maal Hijrah Peringkat Daerah Jelebu pada tahun ini, Anugerah Khas Maal Hijrah turut diberikan kepada masjid – masjid di Daerah Jelebu. Antara kategori anugerah adalah seperti berikut :

  1. Pengurusan Masjid Terbaik (Masjid Jamek Simpang Durian)
  2. Pengimarahan Masjid Terbaik (Masjid Kariah Kampai)
  3. Kemudahan Prasarana Masjid Terbaik (Masjid Kariah Jerang)
  4. Persekitan Masjid Terbaik (Masjid Kariah Kampai)

Program ini berakhir pada jam 12.00 tengahari