Sejarah Batu Asas Kampung Putra, Simpang Durian, Jelebu, Negeri Sembilan.

123136235 3772987522745891 4824488912904849607 oweb

Majlis Gotong Royong Perdana DUN Pertang telah sempurna dilaksanakan pada 11 Oktober sebagaimana yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri semasa World Clean Up Day September lalu agar setiap Daerahmelaksanakannya. Namun perkara yang amat dibanggakan dan tidak ternilai harganya adalah penemuan semula batu asas Kampung orang asal Kampung Putra yang telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia Pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al haj pada awal tahun 1960 an. Batu tersebut telah dibuang di ladang kelapa sawit berdekatan namun masih utuh. Cuma plag tembaganya hilang.

Kampung tersebut telah dinamakan sempena nama PM pertama Putra Alhaj.

Sehubungan itu, Penyelaras DUN En Yus Mazmi, Pegawai Daerah Jelebu Tuan Abdul Rahim bin A. Aziz, Tok Batin Awang bin Lijon , MPKK OA En Addy bin Apoi dan seluruh penduduk kampung telah bersama-sama meletakkan kembali batu asas tersebut. Sejarah kampung tersebut dihidupkan semula dan akan dijaga sebaiknya. Insyaallah.

Terima kasih tidak terhingga kepada En Yus Mazmi, Tok batin Awang , MPKK Eddy , JAKOA, PDJ, MDJ, SWCorp, Bomba , penduduk kampung Putra dan semua yang terlibat. Sejarah 60 tahun dulu telah dihidupkan kembali. 

123089797 3772988082745835 7322641108743929547 n123408953 3772987692745874 6534784661490330809 n