Lawatan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Luar Bandar ke Kampung Chennah.

IMG 2769

19 NOVEMBER 2020 – Lawatan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Luar Bandar,YB.Tuan Haji Ismail bin Hj.Ahmad ke Kampung Chennah adalah bertujuan untuk melihat cadangan penambahbaikan infrastruktur asas kampung – kampung di bawah seliaan MPKK Kampung Chennah.Lawatan ini turut dihadiri oleh Tuan Pegawai Daerah Jelebu, Encik Abdul Rahim bin A.Aziz, Pn Nurul Huda binti Musa, Ketua Penolong Pegawai Daerah Jelebu serta beberapa agensi seperti Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) dan daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Lawatan ini dimulakan dengan taklimat ringkas yang disampaikan oleh Ketua MPKK Kg Chennah dan seterusnya disusuli dengan taklimat daripada pihak SAINS dan TNB mengenai cadangan penambahbaikan infrastruktur di kampung – kampung yang terlibat di bawah seliaan MPKK Kg Chennah.

Cadangan penambahbaikan infrastruktur asas melibatkan 3 buah kampung, iaitu Kampung Chuang Lebu, Kampung Chalin dan Dusun Umbut. Penambahbaikan infrastruktur asas ini diharap dapat membantu sebanyak 30 buah keluarga yang mendiami ketiga- tiga kampung berkenaan sekaligus dapat memberi mereka keselesaan dari segi kemudahan asas.

YB Tuan Haji Ismail bin Haji Ahmad turut menyampaikan sumbangan berupa barangan keperluan asas kepada penduduk kampung yang terlibat. Diakhir lawatan, beliau sempat bergambar kenagan di Dataran Kampung Chennah. Pihak Pentadbiran Daerah Jelebu mengucapkan jutaan terima kasih kepada YB. Tuan Haji Ismail bin Haji Ahmad atas kesudian Yang Berhormat hadir ke lawatan di Kampung Chennah. Lawatan berakhir pada jam 1.00 petang.

IMG 2783 IMG 2787 IMG 2762