8 Disember 2020, Kg. Chennah - Satu sesi serahan lampu limpah solar oleh TNB telah diadakan kepada MPKK Kg. Chennah di Masjid Kg. Chennah. Program ini merupakan sebahagian daripada sumbangan CSR syarikat utiliti tersebut kepada masjid-masjid bagi komuniti setempat. Setiap set lampu limpah solar tersebut bernilai RM5,000.
Majlis ini dihadiri oleh YB Tuan Haji Ismail Bin Haji Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Luar Bandar, Tuan Abdul Rahim Bin A. Aziz, Pegawai Daerah Jelebu, wakil TNB, wakil JKM dan wakil Pusat Khidmat DUN Chennah.
Pada majlis ini juga, pihak TNB telah memaklumkan pelaksanaan projek Bekalan Elektrik Luar Bandar di Kg. Chalin mulai April tahun 2021.Selain itu, 10 keluarga miskin Kg. Chennah turut menerima bantuan bakul makanan.
![]() |
![]() |
![]() |