Perhimpunan Kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Jelebu

 25 Mac 2021, Khamis – Perhimpunan kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Jelebu bersama Pegawai Daerah Jelebu telah diadakan di Ruang Lobi Komplek Pentadbiran Daerah Jelebu.

Tuan Abdul Rahim bin A. Aziz telah menyentuh beberapa aspek antaranya adalah displin dan integriti kakitangan, ucapan penghargaan atas kejayaan mengutip cukai yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri.

Selepas selesai majlis perhimpunan, Pegawai Daerah beserta pegawai dan kakitangan ke sesi menanam pokok di kawasan lanskap Kompleks Pentadbiran Daerah Jelebu. Penanaman pokok ini adalah cetusan idea daripada Tuan Pegawai Daerah sendiri bagi menjadikan taman lanskap di Kompleks ini antara yang terbaik di Negeri Sembilan.

 

IMG 3349 IMG 3346 IMG 3411