Latihan Kebakaran Kompleks Pentadbiran Daerah Jelebu

 

29 Mac 2021, Satu latihan kebakaran telah diadakan di Kompleks Pentadbiran Daerah Jelebu. Latihan Kebakaran ini melibatkan semua pegawai dan kakitangan Kompleks Pentadbiran Daerah Jelebu.

Turut hadir semasa latihan ini adalah Pegawai Daerah Jelebu, Tuan Abdul Rahim bin A. Aziz. Beliau telah mencuba demontrasi memadam kebakaran yang dibantu oleh Jabatan BOMBA dan Penyelamat Daerah Jelebu.

Kesemua pegawai dan kakitangan diberikan taklimat keselamatan kebakaran daripada Jabatan BOMBA dan Penyelamat Daerah Jelebu.

 

 

IMG 3689 IMG 3699 IMG 3775