Perasmian Dataran Bukit Tangga

 

Setiausaha Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan, YB Dato’ Dr. Razali bin Ab Malik telah merasmikan Dataran Bukit Tangga pada 28 Mac 2021 (Ahad).

Majlis Perasmian ini adalah sebahagian daripada pengisian aktiviti berbasikal YB Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan daripada Seremban ke Kuala Klawang.

Konvoi berbasikal disambut Pegawai Daerah Jelebu, Tuan Abdul Rahim bin A. Aziz di Dataran Bukit Tangga. Selepas perasmian, konvoi berbasikal diteruskan dan berakhir di Dewan D’SURY Kuala Klawang.

 

 

IMG 3578 IMG 3562 IMG 3567